Friday, April 3, 2009

pengenalan-latar-belakang-syarikat-gano

Pengenalan- Latar Belakang Syarikat Gano Excel




Pada Ogos 1995 Gano Excel Enterprise Sdn. Bhd. telah ditubuhkan dengan misi membawa kesihatan dan kekayaan kepada setiap keluarga. Dilengkapi dengan kilang bertaraf GMP yang mendapat pengiktirafan antarabangsa (UK's ISO9002, International GMP and HACCP certification) siri produk yang dihasilkan menepati konsep kesihatan alaf baru, yang kembali kepada pendekatan asli dan semulajadi.




Gano Excel Enterprise Sdn. Bhd beralamat di:
3,4,5 Susuran Shahab, Shahab Perdana,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05150 Alor Star, Kedah.
Ia merupakan ibupejabat bagi seluruh dunia.




Gano Excel U.S.A. Inc.
4981 Irwindale Ave., Suite 800,
Irwindale, CA 92260

Gano Excel USA, Inc. dirasmikan pada 9 Disember 2004.

Sekarang syarikat Gano Excel telah berkembang di 60 buah negara diserata dunia termasuklah Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Korea Selatan, India, Singapora, Myanmar, Indonesia, Brunei, Thailand, Filipina, Hong Kong, Laos, Bangladesh, Nepal, UAE, Bahrain, Kuwait, Arab Saudi, Qatar, Oman dan sebagainya.



Oleh itu amat bersesuaianlah syarikat dengan slogan 10 tahun 100 negara menjelang 2010. Jadi tidak mustahil impian bakal jadi kenyataan dalam masa terdekat ini.




Sejarah Penanaman Ganoderma Gano Excel

Pada tahun 1983 pengasas dan juga pakar mikologi Gano Excel, Encik Low Soon Seng telah berjaya mengesan 6 jenis spesis terbaik Ganoderma Lucidum yang mempunyai nilai farmakologi dan kesan teraputik yang amat tinggi. Dikenali sebagai herba superior ataupun herba ajaib.



6 jenis spesis terbaik ganoderma lucidum tersebut ialah bentuk jantung, merak reishi, hati, otak, ruyi dan kimshen.


Ladang ganoderma organik yang terbesar di dunia telah dibina di Kedah, Malaysia. Dengan keluasan melebihi 30 ekar yang menyediakan persekitaran semulajadi untuk pertumbuhan ganoderma yang memerlukan kelembapan yang tinggi dan sinaran matahari untuk sepanjang tahun.





Green house telah direka bentuk dengan memberi penekanan terhadap aspek pengudaraan dan pendedahan sederhana sinaran matahari. Jumlah cahaya matahari dikawal secara menyeluruh bagi mengekalkan semua kesan teraputik.



Mesin pengawal kelembapan automatik digunakan untuk mengurangkan haba yang berlebihan dan mengekalkan suhu.







Kaedah tisu kultur ataupun pertumbuhan tisu digunakan kerana generasi benih yang dihasilkan adalah 100% menyerupai induknya dimana sekuntum ganoderma boleh menghasilkan benih yang tiada hadnya. Penggunaan 100% medium organik iaitu tiada penggunaan bahan kimia, bahan hormon dan racun serangga perosak. Menggunakan bahan pemakanan yang sihat seperti sekam padi, tepung beras perang dan sebuk kayu getah sebagai medium penanaman.





Mengambil masa 3 bulan untuk matang dan cara pemetikannya dikawal rapi.

Adakah Anda Tahu ?

Ladang Gano Excel mempunyai lebih dari 40 buah green house atau dikenali sebagai bangsal dimana setiap bangsal pula mempunyai lebih 30,000 unit polybag.



Syarikat Gano Excel mampu menyediakan 40,000 kapsul dalam masa satu jam.

No comments:

Post a Comment